FAQ (Soalan yang selalu ditanya di dalam Smartgeneration.)
1. Apakah itu Smartgeneration ?
Jawapan : Smartgeneration adalah sebuah komuniti yang berperanan
untuk mendidik masyarakat khususnya remaja untuk menjadi pengguna bijak
ketika berbelanja dan melakukan kehidupan seharian. Melalui portal Smartgeneration,
mereka boleh mendapatkan maklumat, berbincang dan membuat aduan mengenai
kepenggunaan.
2. Adakah rancangan SmartG di TV3 setiap sabtu, 12.30 tengahari itu
berkaitan dengan Smartgeneration?
Jawapan : Rancangan SmartG di TV3 adalah rancangan berbentuk majalah
TV anjuran Smartgeneration untuk menyalurkan maklumat dan menarik ahli-ahli
baru untuk menyertai Smartgeneration.
3. Apakah konsep Smartgeneration dan apakah yang menjadi maskot Smartgeneration?
Jawapan : Konsep Smartgeneration adalah berbentuk infotainment yang
mendidik pengguna khususnya remaja mengenai kepenggunaan melalui kaedah
yang disukai oleh remaja masa kini. Maskot Smartgeneration adalah ZED,
JOJO dan MAYA. Mereka adalah karakter animasi
3D.
4. Berapakah yuran yang dikenakan untuk menyertai Smartgeneration ini?
Jawapan : Untuk menyertai komuniti Smartgeneration ini adalah PERCUMA.
Jika ada individu atau organisasi yang mengenakan bayaran kepada anda
sila buat aduan kepada pengurusan Smartgeneration.
5. Jika kami ingin membuat aduan mengenai barangan pengguna, adakah
sebarang tindakan akan diambil untuk menyelesaikannya?
Jawapan : Kami sentiasa berhubung dengan pihak Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam
sebarang aduan yang diterima. Portal ini juga sentiasa dipantau oleh pihak
KPDNHEP.
Pengurusan Profil dan Album.
1. Bagaimanakah jika didapati ada gambar lucah dan album di dalam album
pengguna?
Jawapan : Sila buat aduan kepada admin untuk tindakan susulan. Admin
akan memberi amaran supaya mereka memadam gambar dan video tersebut. Jika
tiada tindakan diambil, admin akan mengambil tindakan tegas kepada mereka.
2. Bagaimanakah untuk membuat album peribadi dan meletakkan gambar di
dalam album?
Jawapan : Untuk membina album peribadi, pada muka hadapan selepas
anda login, sila tekan MYGALLERY > CIPTA ALBUM BARU,
selepas itu tekan tajuk album yang dibina dan masukkan gambar anda melalui
MUAT NAIK IMEJ
3. Bagaimanakah saya boleh memadam gambar yang dimasukkan di dalam album?
Jawapan : Anda boleh memadam gambar di dalam album dengan menekan
ikon 'tong sampah'. Ikon disebelah tong sampah adalah ikon untuk setkan
gambar tersebut menjadi avatar anda.
4. Bagaimanakah saya boleh menukarkan background profil ?
Jawapan : Anda boleh menukar background profil anda dengan meletakkan
URL PENUH gambar yang ingin dijadikan background. Contohnya http://www.gambar.com/gambar.jpg
. Anda perlu pergi ke Edit Profile > Edit Profile > Background
Setting. Begitu juga jika anda ingin meletakkan lagu dan skrip.
5. Apakah itu Chatroom Beta V0.1?
Jawapan : Chatroom Beta V0.1 adalah laman sembang
untuk anda berbincang di antara satu sama lain bersama-sama dengan ahli
SmartG yang lain.
Pengurusan Ahli Smartgeneration
1. Mengapakah pengguna di 'ban' dari portal Smartgeneration?
Jawapan : Pengguna Smartgeneration boleh di 'ban' dari portal Smartgeneration
kerana melakukan salah laku portal seperti menghantar gambar lucah, menulis
perkataan lucah, sengaja menimbulkan pertelingkahan antara ahli lain dan
sebagainya yang dianggap negatif.
2. Bagaimanakah jika pengguna yang di'ban' ingin terus menggunakan portal
Smartgeneration?
Jawapan : Pengguna yang di'ban' boleh merayu kepada admin untuk
di'unbanned' semula. Tetapi mereka perlu berjanji untuk tidak mengulangi
perbuatan yang menyalahi etika laman web lagi.
Smartg Care
Smartg Leisure
Special Sungai Selim White Water Promotion for Smartg members More Details