Aduan kepada KPDNHEP
 
  Keselamatan Kewangan Pemakanan Kerjaya Kesihatan Teknologi Keluarga  

Untitled Document
SMARTGENERATION
FAQ (Soalan yang selalu ditanya di dalam Smartgeneration.)
1. Apakah itu Smartgeneration ?
Jawapan : Smartgeneration adalah sebuah komuniti yang berperanan untuk mendidik masyarakat khususnya remaja untuk menjadi pengguna bijak ketika berbelanja dan melakukan kehidupan seharian. Melalui portal Smartgeneration, mereka boleh mendapatkan maklumat, berbincang dan membuat aduan mengenai kepenggunaan.
 
2. Adakah rancangan SmartG di TV3 setiap sabtu, 12.30 tengahari itu berkaitan dengan Smartgeneration?
Jawapan : Rancangan SmartG di TV3 adalah rancangan berbentuk majalah TV anjuran Smartgeneration untuk menyalurkan maklumat dan menarik ahli-ahli baru untuk menyertai Smartgeneration.
 
3. Apakah konsep Smartgeneration dan apakah yang menjadi maskot Smartgeneration?
Jawapan : Konsep Smartgeneration adalah berbentuk infotainment yang mendidik pengguna khususnya remaja mengenai kepenggunaan melalui kaedah yang disukai oleh remaja masa kini. Maskot Smartgeneration adalah ZED, JOJO dan MAYA. Mereka adalah karakter animasi 3D.
 
4. Berapakah yuran yang dikenakan untuk menyertai Smartgeneration ini?
Jawapan : Untuk menyertai komuniti Smartgeneration ini adalah PERCUMA. Jika ada individu atau organisasi yang mengenakan bayaran kepada anda sila buat aduan kepada pengurusan Smartgeneration.
 
5. Jika kami ingin membuat aduan mengenai barangan pengguna, adakah sebarang tindakan akan diambil untuk menyelesaikannya?
Jawapan : Kami sentiasa berhubung dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam sebarang aduan yang diterima. Portal ini juga sentiasa dipantau oleh pihak KPDNHEP.
 
Pengurusan Profil dan Album.
1. Bagaimanakah jika didapati ada gambar lucah dan album di dalam album pengguna?
Jawapan : Sila buat aduan kepada admin untuk tindakan susulan. Admin akan memberi amaran supaya mereka memadam gambar dan video tersebut. Jika tiada tindakan diambil, admin akan mengambil tindakan tegas kepada mereka.
 
2. Bagaimanakah untuk membuat album peribadi dan meletakkan gambar di dalam album?
Jawapan : Untuk membina album peribadi, pada muka hadapan selepas anda login, sila tekan MYGALLERY > CIPTA ALBUM BARU, selepas itu tekan tajuk album yang dibina dan masukkan gambar anda melalui MUAT NAIK IMEJ
 
3. Bagaimanakah saya boleh memadam gambar yang dimasukkan di dalam album?
Jawapan : Anda boleh memadam gambar di dalam album dengan menekan ikon 'tong sampah'. Ikon disebelah tong sampah adalah ikon untuk setkan gambar tersebut menjadi avatar anda.
 
4. Bagaimanakah saya boleh menukarkan background profil ?
Jawapan : Anda boleh menukar background profil anda dengan meletakkan URL PENUH gambar yang ingin dijadikan background. Contohnya http://www.gambar.com/gambar.jpg . Anda perlu pergi ke Edit Profile > Edit Profile > Background Setting. Begitu juga jika anda ingin meletakkan lagu dan skrip.
 
5. Apakah itu Chatroom Beta V0.1?
Jawapan : Chatroom Beta V0.1 adalah laman sembang untuk anda berbincang di antara satu sama lain bersama-sama dengan ahli SmartG yang lain.
 
Pengurusan Ahli Smartgeneration
1. Mengapakah pengguna di 'ban' dari portal Smartgeneration?
Jawapan : Pengguna Smartgeneration boleh di 'ban' dari portal Smartgeneration kerana melakukan salah laku portal seperti menghantar gambar lucah, menulis perkataan lucah, sengaja menimbulkan pertelingkahan antara ahli lain dan sebagainya yang dianggap negatif.
 
2. Bagaimanakah jika pengguna yang di'ban' ingin terus menggunakan portal Smartgeneration?
Jawapan : Pengguna yang di'ban' boleh merayu kepada admin untuk di'unbanned' semula. Tetapi mereka perlu berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan yang menyalahi etika laman web lagi.

Web site and all contents © Copyright 2005 - 2007, All rights reserved.
Disclaimer
Compatible for Internet Explorer 6 above and Mozilla browser.
This website is belong to Smartgeneration and KPDNHEP [ Go to top ]