Aduan kepada KPDNHEP
 
  Keselamatan Kewangan Pemakanan Kerjaya Kesihatan Teknologi Keluarga  

 

Acer lancar gajet terkini
» on PDA / PDA Phone
Bling Bluetooth headset from Motorola
» on Audio
LG Viewty - Smart and Intelligent
» on Handphone
Nokia Prism rekaan geometri memikat pengguna
» on Handphone
Sony Ericsson W710i tekan gaya hidup sihat
» on Handphone

 

 
 
 
Review Gadjeter
 
Xoxox
Adly Firdaus bin Selamat

 
Gadjet Category

PDA / PDA Phone [ 4 ]
Digi Camera [ 0 ]
Camcoders [ 0 ]
Car Technology [ 1 ]
Desktops [ 0 ]
PC Stuff [ 0 ]
Audio [ 2 ]
Handphone [ 6 ]
Video [ 0 ]
Games Console [ 3 ]
News [ 8 ]

Gadjet hot review


Gadjet Last Comment


 

 
 
 
Review Nintendo DS
Total hit : 4998
Date Review : 02 Jan 2007 11:59 pm
Total : 162
Vote this Review
Category : Games Console
Reviewed By : Xoxox
Product Price : Rm 500-700

Yea Xoxox kembali lagi kali ini dengan review Nintendo DS!!!





Hehehe... mula-mula sekali minta maaf sebab lambat update ataupun tak update langsung bahagian review ataupun kat forum games. Saya sejak akhir -akhir ni sibuk la. Kepada mereka yang dah terhantar mesej ke ape ke sorilah tak dapat nak jawab. Afterwards saya akan check-up ape benda yg dah terjadi kat mane-mane bahagian saya dipertanggungjawabkan.....

OK ONWARD WITH THE REVIEW!!!!

HARGA

First of all, korang semua kena tahu bahawa kat market sekarang ada 2 version Nintendo DS


sori sebab senget

Yang belah kiri tu Nintendo DS Lite yang sebelah lagi tu Nintendo DS biasa, review ini akan berdasarkan Nintendo DS Lite sebab saya tak dapat supply Nintendo DS biasa punyer version ntuk direviewkan. Tapi untuk pengetahuan korang perbezaannyer mostly hanya pada tahap fizikal sahaja.

Okeh kalo korang nak yang lagi murah (dalam lingkungan Rm500-Rm600) korang haruslah beli yang version biasa sahaja

                

TAPI!!! keep in mind bahawa Nintendo DS version biasa walaupun lagi murah adalah lagi besar dan bulky
dan tak se-stylish Nintendo DS lite. DAN!!! screen diar tak seterang Nintendo DS Lite. So dengan extra Rm100+ anda boleh dapat yang lagi best.....

So jikalau anda, Yea ANDA!! mempunyai kocek yang lagi dalam jadi izinkan saya untuk merekemenkan anda untuk beli Nintendo DS version Lite

        


Jangan konfius!! Nintendo DS lite mempunyai 3 warna basic, warna putih, hitam dan biru muda. Semuanya sama sahaja. Yang paling latest tak silap saya warna pink , sesuai untuk dikalangan gadis!!

                     

Harga dier kat market sekarang dalam lingkungan RM600 - RM700 bergantung pada lokasi dimana anda beli, sekiranya mereka cuba menaikan harga dengan mengatakan ianya limited edition(terutama sekali warna hitam) sila beli kedai lain!!

Satu set Nintendo DS lite mengandungi Nintendo DS Lte(duh!), Manual, Stylus, dan Charger. Nope tiade free game mahupun demo disc.

RUPA


Dari atas


Dari atas kalau ditutup


Volume slider dan headphone jack


Tempat letak stylus

Overall, saya punya humble opinion, Nintendo DS lite nampak cun, stylish dan elegan. Dier tak nampak terlalu gadjet sangat (<batuk-batuk> PSP <batuk-batuk>). Kalau takde logo Nintendo orang akan anggap ni hasil kerja syarikat Apple! Tapi ia juga merupakan kelemahan ia kerana disebabkan ia tak nampak gadjet sangat, orang akan anggap bendalah ni murah dan mainan kanak-kanank. Build kualiti dier pun disebabkan agak ringan dan diperbuat daripada plastik (plastik high quality untuk pengetahuan korang) menyebabkan ia lagi kelihatan seperti barang solekan daripada portable game console. Tak percaya? Sila buka cover DS(bukan power ON yea) dan tutup cover dier, bunyi macam kotak mekap, hihi....

SPEC

BERAT: 218 g
DIMENSI: 133 mm × 73.9 mm × 21.5 mm
PROCESSOR: 67 MHz ARM946E-S dan 33 MHz ARM7TDMI dua processor ntuk 2 screen
CONNECTIVITY: Wi-Fi
NYAWA BATTERY: 12-16 jam
LAIN-LAIN: Touchscreen, built in microphone dan boleh main game GBA lama


DS ni diterbalikkan, yang kat atas tu katrij GBA, kat bawah gamecard Nintendo DS

Sebelum saya mulakan, Nintendo DS adalah PURE portable gaming console so ianya tak boleh main movie, mp3 ataupun file gambar, yea berita sedih tapi saya tak kisah. Ok, saya tahu benda yang paling penting bagi korang adalah keupayaan dari segi grafik. Beginilah, pendek cerita keupayaan grafik dier tak sehebat PSP. Grafik dier lebih hebat daripada N-GAGE dan hampir kuat sama dengan PS ONE. Tapi sejak bila pula kehebatan sesuatu portable bergantung kepada keupayaan grafik?!! Yang penting adalah gameplay baby!!

GAMES

Yea... Disinilah Nintendo DS bersinar lagi terang daripada semua Portable Gaming Console yang lain termasuk PSP. Dengan adanya touchscreen dan Dual Screen, cara permainan videogame anda telah mengalami evolusi baru!

Bayangkan mencingcang zombi dengan mengerakkan stylus diatas screen!


Resident Evil Deadly Silence

Bayangkan membangkang tuduhan seseorang dalam mahkhamah dengan menjerit dekat microphone DS!!!


Phoenix Wright: Ace Atorney

Bayangkan memberi membelai anjing dengan tidak perlu risau tentang samak!!


Nintendogs

Bayangkan diri anda seorang doktor dan menjalankan operasi pembedahan kepada pesakit kemalangan jalan raya!!


Trauma Centre: Under the Knife

Kini anda boleh dengan menggunakan DS!!!

Yea dengan Dual Screen, Touch Screen dan Built-in Microphone anda akan mengalami cara permainan yang berbeza! Sebenarnya susah jugak saya nak terangkan keseronokan ketika bermain game-game tersebut. Sebab sebelum ini  kesemua ini tak pernah anda alami dalam portable gaming console!!

Pendek kata, game yang berada kat DS adalah lebih seronok dan unik berbanding dengan dengan Portable Gaming Console yang lain termasuk PSP!!

Selain daripada itu korang jangan lupa dengan hasil kerja Nintendo, walaupun takde touch screen ke hape ke, satu portable gaming console itu berbaloi beli sekiranyer ianya mempunyai game nintendo seperti New Super Mario Brothers,(classic platforming dilahirkan semula) Wario Ware Touched!,(saya jamin korang tak pernah main game macam ni!) Mario and Luigi Partners in Time,(game RPG nintendo kelaka gile!) Metroid Prime Hunters,(first person shooter yang best) Advance Wars - Dual Strike,(kali ini dengan mengunakan elemen dual screen!!) dan akhir sekali game Zelda terbaru coming soon.

Tak cukup lagi? Final Fantasy pun ada gak!!

INTERFACE


sori gambar kecik...

Dari segi interface pulak, tak best. Nampak macam biasa sangat. Tak nampak flashy atau smart mcm PSP. Mungkin nintendo cuba maintain kesimplelan Nintendo DS tapi main menu adalah first impression seseorang terhadap sesuatu portable tersebut. So jangan showoff kat orang kat menu dier tapi terus showoff game Nintendo DS.

Tak lupa jugak tentang included software yang pre-installed dalam DS: PICTOCHAT.


ye saya main basketball... tak percaya?

PICTOCHAT ialah software yang membolehkan korang menghantar mesej antara pengguna-pengguna DS yang lain. Korang boleh taip atau lukis dengan stylus dan hantarkan kepada sesiapa yang memiliki DS. Bahagian ini saya tak boleh review sangat kerana saya cuma dapat satu DS untuk direviewkan, tapi bagi saya ini satu feature yang menarik!

OVERALL

Kesimpulanya, bagi saya Nintendo DS berbaloi beli, TIDAK!! wajib beli bagi mereka yang mengelar diri mereka hardcore gamer!. Dengan banyak game yang best dan future proof (best selling Portable Gaming Console, mengalahkan PSP 5-1!!), anda membuat long term investment sekiranya anda membeli Nintendo DS! Lagipun dah ada cara untuk <ehem!> main downloaded games, tapi saya tak dibenarkan beritahu bagaimana kerana abang admin kat belakang saya sedang mengacukan Desert Eagle di bahagian atas pinggang saya. So beginilah: sekiranya anda inginkan portable gaming console yang cuma bermain game dan cuma bermain game, pergi berlari ke kedai game berdekatan anda dan belilah Nintendo DS. Tapi sekiranya anda inginkan yang boleh bermain video la... boleh dengar mp3 la.. boleh tengok tengok gambar la... sila beli PDA atau PSP. Akhir kata, saya Xoxox menganugerahkan kepada Nintendo DS. Nintendo DS dapat anugerah Berbaloi Beli!tm


 

User Comment
From
Comment
Abu
05 May 2007 05:17 pm
 
kat kuantan NDSL harga 598 dekat kedai sony
ninjitsuguru
24 Apr 2007 04:47 pm
 
betol ker ader org ckp klau charge ader extra charge kat bill
MalinKundang
07 Apr 2007 09:13 am
 
Bayarkan aku U$D150
MalinKundang
07 Apr 2007 09:13 am
 
alone8590
16 Mar 2007 12:11 pm
 
wei,bila korang nak wat review pasal ps3
PeeNutt
24 Jan 2007 04:03 am
 
saper yg rase dia dah dewase sgt tak payah main game lagi laa.. DS target audience bukan kanak2..tp family entertainment ;)
kiyu
06 Jan 2007 11:33 pm
 
sedp lar plak nintendo nih rase mcm nk bli jer..tpi mlngnyer duit x der??
Xoxox
04 Jan 2007 04:58 pm
 
Ye resident evil mmg sesuai untuk kanak-kanak. Mane tau la kan satu hari karang zombi datang serang kita
bigred
04 Jan 2007 12:03 pm
 
tapi ds tu bukan untuk kanak-kanak je ke ...?? hmmmm...(wink,wink)
Xoxox
03 Jan 2007 11:49 pm
 
Ermm... sori. Diorg tak bagi sekali camera ntuk buat review nih. Oi! pinjam kamera ko pinat!!
PeeNutt
03 Jan 2007 09:52 pm
 
tp ko tk mengambil gamba DS ko senirik..semua amik dari intenet.. :D
PeeNutt
03 Jan 2007 09:48 pm
 
review ko best dari aku :D kalau nak main game portable..DS is the bess..psp suxxx
apit4566
03 Jan 2007 06:22 pm
 
ok..........
admin
03 Jan 2007 12:04 am
 
good review xoxox!
 





Web site and all contents © Copyright 2005 - 2007, All rights reserved.
Disclaimer
Compatible for Internet Explorer 6 above and Mozilla browser.
This website is belong to Smartgeneration and KPDNHEP [ Go to top ]