Aduan kepada KPDNHEP
 
  Keselamatan Kewangan Pemakanan Kerjaya Kesihatan Teknologi Keluarga  

 

Bling Bluetooth headset from Motorola
» on Audio
LG Viewty - Smart and Intelligent
» on Handphone
Nokia Prism rekaan geometri memikat pengguna
» on Handphone
Sony Ericsson W710i tekan gaya hidup sihat
» on Handphone
OpenGL support for ATI card for Vista
» on News

 

 
 
 
Review Gadjeter
 
 
Gadjet Category

PDA / PDA Phone [ 3 ]
Digi Camera [ 0 ]
Camcoders [ 0 ]
Car Technology [ 1 ]
Desktops [ 0 ]
PC Stuff [ 0 ]
Audio [ 2 ]
Handphone [ 6 ]
Video [ 0 ]
Games Console [ 3 ]
News [ 8 ]

Gadjet hot review


Gadjet Last Comment


 

 
 
 
Microsoft lancar Windows Vista
Total hit : 7140
Date Review : 03 Feb 2007 12:27 am
Total : 8
Vote this Review
Category : News
Reviewed By : pazzreen
Product Price :

Sumber : Berita Harian (2 Febuari 2007)
Oleh Zef Othman

Sistem operasi terkini perkenal dua produk baru – Microsoft office 2007, Exchange Server 2007 – mampu tandingi keupayaan Windows XP


MICROSOFT (Malaysia) Sdn Bhd (Microsoft Malaysia), melancarkan sistem operasi terkininya Windows Vista yang mampu menawarkan tahap penyediaan media digital bermutu tinggi serta dilengkapi dengan sistem keselamatan yang lebih bertenaga.



PRODUK BARU: Naib Presiden Microsoft Kawasan Asia Pasifik,
Emillio Umeoka bersama Yasmin.

Pada pelancaran sistem operasi terbaru itu juga Microsoft Malaysia turut memperkenalkan dua produk sokongan iaitu Microsoft office 2007 dan Exchange Server 2007.

Ia adalah produk yang dihasilkan dengan sasaran pengguna dikalangan pelanggan perniagaan dan golongan profesional yang terbabit dalam industri teknologi maklumat (IT) global dan tempatan.

Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, Yasmin Mahmood, berkata pengenalan Windows Vista itu untuk pasaran global termasuk Malaysia, dijangka akan mendapatkan permintaan yang menggalakkan dengan keupayaannya menandingi Windows XP.

"Produk sistem operasi yang diperkenalkan Microsoft ini dilihat mampu menandingi keupayaan Windows XP yang dilancarkan beberapa tahun sebelumnya.

"Berbeza dengan produk sebelum ini, Vista adalah produk yang dihasilkan dengan rekaan inovasi yang menepati kehendak pengguna pada masa kini apabila ia mempunyai fungsi lebih menarik, aspek keselamatan platform yang lebih bermutu dan identiti serta akses yang ketat," katanya ketika menghadiri majlis pelancaran Microsoft Windows Vista di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yasmin berkata, Microsoft Corp (Microsoft) turut menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang intensif bagi penghasilan sistem operasi Microsoft Vista, Microsoft office 2007 dan Exchange Server 2007 itu.

Tambah beliau, ujian yang dilaksanakan menerusi aktiviti R&D bagi ketiga-tiga produk terbaru Microsoft itu adalah lebih kerap berbanding penghasilan produk seumpamanya dalam sejarah pengeluaran produk perisian di dunia ini.

Katanya, Microsoft Vista, Microsoft office 2007 dan Exchange Server 2007 itu adalah rangkaian produk paling bertenaga yang pernah dihasilkan Microsoft sehingga kini.

Selain daripada menyediakan sistem operasi bertenaga dan produk sokongan yang stabil, Yasmin berkata, Microsoft Vista juga adalah rangkaian produk yang mampu menawarkan inovasi terhadap perubahan permainan komputer pengguna pada masa kini.

Microsoft Vista mempunyai keupayaan untuk menyampaikan kualiti paparan grafik lebih bertenaga disamping menyokong pelbagai teknologi lain termasuk XML.

Produk yang dihasilkan untuk pengguna dan pelanggan perniagaan itu direka dengan memberikan fokus terhadap empat aspek utama seperti memudahkan aktiviti harian pengguna, menawarkan carian maklumat lebih mudah, memberi perlindungan serta pengurusan kandungan dan meningkatkan tahap keselamatan sistem operasi seterusnya mengurangkan kos teknologi maklumat (IT).

Bagi ketiga-tiga rangkaian produk Microsoft itu, ia menyediakan teras platform yang menawarkan faedah kepada perniagaan terutamanya kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan perisian berasaskan Internet.
 

User Comment
From
Comment
pazzreen
05 Apr 2007 02:02 pm
 
Nak tau lebih lanjut sila masuk dalam website www.microsoft.com.my, kat situ dah banyak info pasal vista ni... :P
fitry
05 Apr 2007 01:17 pm
 
weii macam mana aku nak tau lebih lanjutt pasal mic ini.........
pendidikmas
04 Mar 2007 06:15 am
 
cikgu tersilap.. download kat sini.. http://www.vistaicons.com dan cubalah, tengok,agak menarik tapi besalah orang meniaga..
pendidikmas
04 Mar 2007 06:13 am
 
asm.. windows vista adalah terknologi pertama yang menggunakan storan dvd, dan keluasan hardisknya dalah sebanyak 4Gb... dan sehingga windows xp, kita masih lagi menggunakan storan cd yang mampu sehingga 750Mb.. dan sehingga kini, windows vista mempunyai security yang tinggi, setiap kita install sofware, terlalu banyak yang dia tanya.. dan bermacam2 lagi.. kelebihan vista: 1.icon 3d.. nak tgk icon dia.. www.vistaicon.com dan cubalah download semuanya. 2.menarik, sesuai untuk wmp 11. kekurangan: 1.terlalu baru dan banyak lagi yang kena explore 2.spec yang tinggi, mungkin lembap jika komputer yang terlalu lama. 3.perlukan storan hard disk yang besar 4.masih lagi peringkat permulaan tapi, lau ada sesape yang nak software vista inspirat (theme vista, boleh emailkan kat cikgu..) pendidikmas@yahoo.com semuanya percuma sahaja..
jery
15 Feb 2007 11:08 am
 
brp harganya???
ash1203
06 Feb 2007 12:52 pm
 
emm... mahal ke? brape harganya???
maanuar
05 Feb 2007 11:15 am
 
agk2 lpas Vista aper plak ek?!.. :)
apit4566
04 Feb 2007 02:47 pm
 
Lbih kurang ngan windows XP SP3 Vista Theam.
ay3nz
04 Feb 2007 02:19 pm
 
ermmm...not bad!!
reezuan
04 Feb 2007 01:47 pm
 
~Superb OS...
 





Web site and all contents © Copyright 2005 - 2007, All rights reserved.
Disclaimer
Compatible for Internet Explorer 6 above and Mozilla browser.
This website is belong to Smartgeneration and KPDNHEP [ Go to top ]