|
Asas pengurusan rumah tangga adalah serupa dengan pembinaan rumah. Perkara pokok dalam pengurusan rumah tangga ialah data yang membolehkan penilaian sewajar bagaimana menjaga hal ehwal rumah tangga.
Fail Data
Simpan satu rekod belanjawan isi rumah
Jangka masa yang paling lama kita boleh memperolehi pendapatan ialah 40 - 45 tahun, iaitu hingga usia 60 - 65 tahun. Untuk tempoh selepas usia 60 - 65 tahun, kita mungkin tidak mempunyai pendapatan. Oleh itu, pengetahuan yang baik mengenai bagaimana mengagih pendapatan kita di sepanjang jangkaan hayat adalah kehidupan yang selesa dan bahagia.
Pendapatan terbahagi kepada dua bahagian: Pendapatan yang digunakan untuk kehidupan semasa dan pendapatan yang ditabungkan. Wang yang ditabungkan biasanya adalah 10% daripada pendapatan, bergantung kepada keadaan sesuatu rumah tangga.
|
(a)
|
Pendapatan hendaklah dikaji sebelum merancang perbelanjaan. Rekod pendapatan perlu merangkumi sumber pendapatan bermusim, tempoh penerimaan pendapatan serta banyaknya.
|
|
(b)
|
Adalah berguna jika merekod perbelanjaan kehidupan harian mengikut kategori seperti berikut:
|
Contoh kategori item (umum)
|
Contoh Kategori item (terperinci)
|
|
|
(Kategori yang pengguna anggap perlu)
|
|
Makanan
|
- Makanan suami/isteri (semasa bekerja)
- Makanan anak-anak (sekolah)
- Makanan di rumah
|
|
Pakaian
|
- Pakaian di sekolah
- Pakaian suami/isteri
- Pakaian anak-anak
|
|
Pendidikan, budaya dan agama
|
- Yuran sekolah, bas sekolah
- Buku (suami/isteri)
- Buku (anak-anak)
- Zakat/cukai pendapatan
|
|
Utiliti dan komunikasi
|
- air, elektrik, telefon
- Penyelenggaraan & pembaikan kenderaan
- Petrol
- Tambang bas, teksi
|
|
Kemasyarakatan
|
- Hadiah perkahwinan
- Yuran kelab
|
|
Pelbagai
|
- Mengecat rumah
- Ubat, dan sebagainya
|
|
Simpanlah satu jadual yang menunjukkan tabungan dan hutang anda
| (a) |
Tabungan/Pelaburan
|
v
|
Jenis (simpanan biasa, simpanan tetap, saham, bon, barang kemas, insurans nyawa dan sebagainya.
|
|
v
|
Nilai asal
|
|
v
|
Kadar faedah setahun
|
|
v
|
Tarikh matang
|
|
v
|
Institusi/bank
|
|
| (b) |
Hutang
| v |
Jenis hutang (pinjaman perumahan, pinjaman kereta, sewa beli TV dan sebagainya. |
| v |
Amaun asal dipinjam |
| v |
Tempoh pembayaran bali (contoh 24 bulan) |
| v |
Ansuran |
| v |
Tarikh ansuran pertama |
|
| (c) |
Simpanlah rekod barangan penggunaan tahan lama seperti kereta, rumah, alat-alat elektrik atau elektornik yang besar, seperti
|
v
|
Nama alat/barang
|
|
v
|
Tarikh beli
|
|
v
|
Nombor siri itemm
|
|
v
|
Alamat pusat servis
|
|
v
|
Rekod pembaikan, waranti, dsb
|
|
v
|
Brosur dan manual
|
|
Ketiga-tiga fail data tersebut adalah bernilai dan berguna bagi mengesan dan menguruskan perbelanjaan mahupun tabungan.
|