APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG PRODUK PELABURAN
Panduan ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai faktor yang perlu diambilkira sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk melabur. Faktor-faktor penting seperti yuran, risiko, ciri-ciri produk dan juga situasi kewangan peribadi anda harus diteliti dahulu supaya dapat mengelakkan kesilapan-kesilapan dalam pelaburan yang biasa dialami.
Membuat Keputusan Melabur Dengan Lebih Bijak
Terdapat pelbagai banyak pelaburan kewangan yang boleh anda pilih sehingga adakalanya mampu menimbulkan kekeliruan. Namun demikian, anda boleh membuat keputusan yang bijak hanya dengan bertanyakan soalan-soalan yang tepat dan bekerjasama dengan rapat dengan bank atau penasihat kewangan anda.
Memilih Pelaburan Kewangan
Memutuskan sebuah pelaburan tidaklah harus berdasarkan sepenuhnya kepada potensi pulangannya sahaja. Jika demikian, anda mungkin perlu mengambil risiko berlebihan yang tidak sejajar dengan kemampuan kewangan dan emosi anda. Anda harus melabur hanya jika pelaburan itu memenuhi matlamat pelaburan, jangka masa dan toleransi risiko. Izinkan wakil penasihat kewangan anda untuk mengendalikan analisa keperluan kewangan untuk mengenalpasti pelaburan yang sesuai dan jumlah yang harus dilaburkan. Analisa keperluan kewangan ini adalah proses yang mudah:
1. Wakil penasihat kewangan berdaftar anda akan membantu menentukan tahap kewangan anda yang terkini, jumlah risiko yang mampu anda tangani dan juga jangkamasa pelaburan dan matlamat.
2. Anda boleh membantu wakil tersebut untuk mengendalikan penilaian yang tepat tentang situasi anda dengan menyediakan keterangan yang betul dan menyeluruh tentang kedudukan kewangan terkini dan keperluan masa depan anda.
3. Wakil itu kemudiannya akan menyarankan pelaburan yang sesuai dan menerangkan sebab ianya sesuai dengan situasi anda.
Memahami Pelaburan Itu
Kenapa pelaburan ini sesuai untuk anda? Apakah risiko dan habuannya? Berapakah yuran pembayarannya? Ini adalah contoh soalan-soalan yang penting yang perlu dijawab. Wakil penasihat kewangan anda akan menolong untuk menjelaskan isu-isu penting ini:
1. JENIS
Wakil anda akan menjelaskan jenis pelaburan yang disarankan kepada anda. Misalnya, sama ada ia amanah saham atau polisi insuran hayat.
2. FAEDAH
Wakil anda juga akan memberikan butir-butir tentang ciri-ciri unik pelaburan dan faedahnya. Beliau akan menolong anda untuk memahami bagaimana produk itu dapat memperbaiki keadaan kewangan anda. Anda juga akan diberitahu tentang jumlah dan masanya pembayaran faedah harus ditunaikan.
3. RISIKO
Risiko adalah sesuatu yang datang dengan setiap pelaburan. Anda perlu membuat pertimbangan tentang potensi kemerosotan sesebuah pelaburan itu dan apa akan terjadi dalam senario yang tidak diingini. Wakil anda akan memberikan tanda-tanda jelas tentang tahap risiko pelaburan dan mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menjejas pulangan yang sepatutnya diperolehi.
Anda akan dinasihatkan sekiranya sesebuah tahap risiko itu bersesuaian berdasarkan analisa keperluan kewangan yang telah dikendalikan.
4. YURAN
Keuntungan atau kerugian bersih pelaburan anda juga bergantung separuhnya kepada yuran yang dibayar. Anda akan dimaklumkan kekerapan, jumlah dan jenis yuran dan pembayaran. Sebahagian daripada yuran yang harus ditanggung ini termasuklah bayaran pendahuluan untuk penjualan, yuran pengurusan, yuran pentadbiran, bayaran insuran, yuran penggantian dan bayaran penebusan.
5. KEPAKARAN
Anda memerlukan jaminan yang wang anda diuruskan dengan baik. Sekiranya anda disarankan melabur dalam Amanah saham, anda akan dilengkapi dengan keterangan tentang pengurus wang yang menguruskan pelaburan itu. Sekiranya anda disarankan polisi insuran pula, butir-butir tentang pengurus wang dan syarikat penaja jamin akan diberikan kepada anda. Perhubungan mereka dengan penasihat kewangan dan jumlah bayaran kepada penasihat kewangan itu akan diberitahu kepada anda.
6. JAMINAN
Sesetengah amanah saham atau polisi insuran hayat memberi jaminan modal atau sebahagian daripada pulangan pelaburan. Anda akan diberitahu tentang jumlah yang yang dijamin dan jumlah yang tertakluk kepada naik turun pasaran. Anda akan diberikan pengesahan bertulis mengenai modal terjamin, pulangan atau faedah dan juga butir-butir tentang penjamin.
7. PENEBUSAN DAN TUNTUTAN
Wakil anda akan menerangkan bila anda boleh mengeluarkan sebahagian atau kesemua wang dalam pelaburan anda, dan menjawab soalan-soalan berikut:
Apakah terdapat denda untuk penebusan awal?
Dalam keadaan yang bagaimana anda boleh membuat tuntutan faedah insuran? Berapa cepat anda boleh mendepatkan wang anda? Anda harus mendapatkan keterangan penuh tentang prosedur, bayaran dan sekatan untuk pengunduran, penyerahan dan tuntutan.
8. AMARAN, LARANGAN DAN PENAFIAN
Kebanyakan pelaburan akan disediakan dengan senarai amaran, larangan dan penafian.Wakil anda akan menjelaskan supaya anda tahu akan batasanbatasan produk yang disarankan. Anda harus baca dengan teliti segala syarat-syarat dan keterangan yang lain. Segala ketidakpastian haruslah dijelaskan oleh wakil anda.
9. LAPORAN
Sebagai seorang pelabur, anda berhak menerima laporan pelaburan dengan tetap. Anda akan diberitahu berapa kerap laporan ini disediakan dan di mana anda boleh mendapatkannya.
Kajian Semula yang Terakhir
Apabila anda telah berpuashati dengan saranan tentang pelaburan mana yang sesuai, anda akan diberikan satu set dokumen untuk dikaji semula. Mereka adalah:
- Satu rumusan tentang maklumat yang telah anda sediakan mengenai objektif pelaburan, situasi kewangan dan keperluan peribadi anda.
-
- Satu salinan prospektus (untuk amanah saham)
- Satu salinan Panduan Anda untuk Insurans Hayat,
Rumusan Produk dan Ilustrasi Faedah (untuk polisi -
insurans hayat)
Wakil anda akan meneliti dokumen-dokumen itu bersama anda, termasuk klausa-klausa tersembunyi. Baca dokumen-dokumen tersebut dengan rapi dan simpannya dengan cermat untuk rujukan pada hari muka.
Hapuskan Segala Kemusykilan
Beritahu wakil anda jika terdapat sebarang kenyataan yang disebutkan dalam risalah ini yang belum dibincangkan atau diterangkan kepada anda. Usah teragak-agak untuk mengajukan soalan kepada wakil anda jika mempunyai sebarang kemusykilan.
Membuat pelaburan
Anda seharusnya membuat pelaburan hanya setelah benar-benar faham tentang produk tersebut dan yakin bahawa ia sesuai dengan keadaan anda. Ingatlah, pilihan pelaburan anda mesti sesuai dengan kedudukan kewangan semasa anda, matlamat pelaburan dan tahap toleransi risiko.
Jika Anda Bertukar Fikiran
Jika anda bertukar fikiran setelah membuat pelaburan, anda mempunyai pilihan untuk menarik diri semasa dalam tempoh dingin. Untuk amanah saham, anda boleh mendapatkan wang anda kembali termasuk sebarang bayaran jualan jika anda membatalkan pelaburan tersebut dalam tempoh tujuh hari selepas pembelian. Jika anda sedang membuat pelaburan tambahan ke dalam amanah saham milik anda, pilihan untuk membatalkan tidak diberikan kepada anda. Anda harus menanggung segala kerugian yang timbul dari kejatuhan nilai pasaran pelaburan anda. Sebarang peningkatan dalam nilai pasaran tidak akan dibayarkan kepada anda.
Untuk membatalkan polisi insurans, anda mempunyai tempoh dingin 14 hari daripada hari anda menerima kontrak polisi tersebut. Anda akan menerima bayaran balik sepenuhnya kecuali jika terdapat pembayaran perubatan dan sebagainya yang telah dibayarkan oleh syarikat insurans anda. Anda harus menanggung segala kejatuhan nilai pasaran polisi anda.
Ambil Pandangan Jauh
P
ilihan untuk pelaburan yang bersesuaian boleh meningkatkan kesejahteraan keadaan kewangan anda. Maka itu, ambillah masa dan berusahalah untuk membuat pilihan dengan teliti. Sebaik sahaja anda telah membuat keputusan yang rapi, pelihara pelaburan anda dan biarkan masa menyebelahi anda. Anda harus menyemak pelaburan anda dengan wakil anda secara tetap dan buatlah penyesuaian untuk memenuhi perubahan keperluan dan keadaan peribadi anda.
Hubungan Berfaedah
Setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Suatu pelaburan yang sesuai untuk orang lain mungkin tidak akan sesuai bagi diri anda. Bekerjasamalah dengan bank atau wakil penasihat kewangan anda dalam membuat pemilihan untuk pelaburan. Anda boleh mengurangkan risiko dan meraih faedah yang banyak daripada pelaburan anda.
Usulan yang khusus dari wakil dan dasar untuk usulan tersebut.