- Perlu Sentiasa Beringat
-
- 2. Selepas tarikh luput semua barangan yang digadai yang nilainya kurang dari $100 akan
- menjadi kepunyaan kedai pajak gadai berkenaan dan bukan kepunyaan anda lagi.
- 3. Semua barang yang tidak ditebus yang nitainya melebihi $100 boleh dilelong oieh kedai pajak
- gadai. Anda berhak mendapatkan baki wang yang tinggal dari jualan barang berkenaan selepas ditolak semua kos gadaian.
- 4. Pemegang pajak gadai perlu menghantar notis berdaftar kepada pemajak gadai mengenai tindakan untuk melelong barangan. Notis ini perlu diterima oleh pemajak gadai tujuh hari sebefum urusan pelelongan.
- 5. Pemajak gadai dinasihatkan untuk memberi alamat semasa apabila memajak barangan atau memaklumkan sebarang pertukaran alamat secara bertulis kepada pemegang pajak gadai.Ini adalah penting untuk memastikan notis-notis pemberitahuan peleiongan yang dihantar oleh pemegang pajak gadai sampai ke pemajak gadai.
- 6. Kedai pajak gadai adalah bertanggungjawab atas kehilangan atau kemusnahan akibat kecurian atau kebakaran.
7. Sentiasa mendapatkan resit setiap kali anda membuat pembayaran.
8. Jika kedai pajak gadai mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi (lebih 2% sebulan) ke atas sesuatu pinjaman, anda boleh membawa perkara ini kepada pejabat Ketua Setieausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaaan Tempatan.
9. Jika anda kehilangan resit/ tiket gadaian anda berhak mendapatkan salinannya secara percuma.
10. Jika anda merasa bahawa gadaian anda berkurang nilai atau jika kedai pajak gadai enggan menyerahkan gadaian anda, buatlah aduan kepada majistret. Majistret mempunyai kuasa untuk memerintah kedai pajak gadai untuk membayar gantirugi yang munasabah.
11. Pastikan kedai pajak gadai yang anda berurusan mempunyai lesen yang sah.
- 12. Semak buku catatan kedai pajak gadai untuk memastikan bahawa kandungannya adalah sama dengan surat pajak gadai yang anda terima