Aduan kepada KPDNHEP
 
  Keselamatan Kewangan Pemakanan Kerjaya Kesihatan Teknologi Keluarga  

Halaman Pengguna
   
 
Kewangan » Bursa Saham
   
 
Bursa

Apa dia Bursa Malaysia Bhd?

Bursa Malaysia Bhd yang dahulu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur Bhd, ialah syarikat yang memiliki:

i) Bursa Malaysia Securities Bhd
ii) Bursa Malaysia Derivatives Bhd
iii) Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd
iv) Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd
v) Bursa Malaysia Derivatives Clearing Bhd.

Bursa Malaysia Bhd secara umumnya dipanggil sebagai “Bursa”.

Bursa Malaysia Securities Bhd
Bursa Malaysia Securities Bhd menyediakan kemudahan berdagang dalam securities (membeli dan menjual) kepada pelabur Malaysia. Sekuriti merupakan rujukan umum terhadap produk kewangan seperti saham, bon dan waran. Bursa Securities membolehkan pelabur berdagang sekuriti dalam persekitaran yang terancang dan telus. Kebanyakan urus niaga di Bursa Securities melibatkan saham-saham syarikat awam tersenarai.

Pelabur yang berdagang di Bursa Securities akan bertemu dengan dua papan yang dipanggil Papan Utama dan Papan Kedua. Pada asasnya, kedua-dua papan ini membezakan kedudukan modal syarikat yang tersenarai. Satu lagi aspek Bursa Securities ialah pasaran MESDAQ. Pasaran ini menyediakan platform untuk memperdagangkan saham-saham syarikat berasaskan teknologi dengan rekod prestasi yang minimum.

Bursa Malaysia Derivatives Bhd

Bursa Malaysia Derivatives Bhd merupakan bursa yang memperdagangkan produk-produk derivatives. Derivatif ialah produk kewangan yang memperoleh nilainya daripada harga komoditi atau instrumen yang lebih asas. Misalannya, nilai niaga hadapan minyak sawit mentah diperoleh daripada harga minyak sawit mentah. Produk derivatif yang biasa ialah “niaga hadapan” dan “opsyen”. Di Bursa Derivatives, pelabur boleh mendapat kemudahan urus niaga derivatif yang sistematik dan cekap. Pada masa ini, ada lapan produk derivatif yang didagangkan di Bursa Derivatives:

Bil.

Produk derivatif

Instrumen pendasar/komoditi

1.

Niaga hadapan minyak sawit mentah (FCPO)

Minyak sawit mentah

2.

Indeks Komposit Niaga Hadapan Kuala Lumpur (FKLI)

Indeks Komposit Kuala Lumpur

3.

Indeks Komposit Opsyen Kuala Lumpur (OKLI)

Indeks Komposit Kuala Lumpur

4.

Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur Tiga Bulan Kadar Faedah Niaga Hadapan (FKB3)

Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur Tiga Bulan

5.

Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia Tiga Tahun
(FMG3)

Sekuriti Kerajaan Malaysia Tiga Tahun

6.

Niaga hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia Lima Tahun
(FMG5)

Sekuriti Kerajaan Malaysia Lima Tahun

7.

Niaga Hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 Tahun
(FMGA)

Sekuriti Kerajaan Malaysia 10 Tahun

8.

Niaga hadapan minyak isirung sawit mentah (FPKO)

Minyak isirung sawit mentah


Depositori Pusat dan Rumah Penjelasan

Bursa Malaysia Depository Sdn. Bhd
Dagangan saham di Bursa Securities tidak menggunakan kertas kerana tidak ada pertukaran sijil antara pembeli dan penjual. Urus niaga saham direkodkan dalam Akaun Sistem Depositori Pusat pelabur yang dikenali sebagai “Akaun CDS”, melalui satu sistem buku rekod iaitu sama dengan sistem debit dan kredit dalam akaun simpanan. Pengurusan semua akaun CDS dipertanggungjawabkan kepada Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd.

Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd
Semua transaksi perniagaan, termasuk dagangan sekuriti, mempunyai risiko pihak lawan iaitu risiko satu pihak mungkir janji. Risiko pihak lawan di Bursa Securities dikurangkan melalui Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd (rumah penjelasan). Tujuan utama rumah penjelasan ialah bagi menjamin prestasi urus niaga sekuriti di Bursa Securities. Sebagai sebuah rumah penjelasan, Bursa Malaysia Securities Clearing Sdn Bhd memastikan semua sekuriti dan pembayaran dihantar dan diterima dalam tempoh transaksi T+3 yang telah ditetapkan

Bursa Malaysia Derivatives Clearing Bhd
Bursa Malaysia Derivatives Clearing Bhd ialah rumah penjelasan bagi Bursa Derivatives. Bursa ini meminimumkan risiko pihak lawan dan memastikan kelicinan penghantaran kontrak dan pembayaran derivatif di Bursa Derivatives.

 

   
 
Direktori `Kewangan`
 
1. Pemilihan Polisi Insurans
2. Tips Pelaburan
3. Pinjaman dan Kredit
4. Pajak Gadai
5. Skim Amanah Saham
6. Bursa Saham
7. Pinjaman Pendidikan
8. Panduan Sewa-Beli
9. Pelan Kewangan Hari Tua

Web site and all contents © Copyright 2005 - 2007, All rights reserved.
Disclaimer
Compatible for Internet Explorer 6 above and Mozilla browser.
This website is belong to Smartgeneration and KPDNHEP [ Go to top ]