Terdapat tiga saluran Pinjaman Pendidikan yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi pelajar-pelajar di IPT:
3.1 Tabung Pinjaman Pelajaran
Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini adalah merupakan salah satu Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Akta Kewangan 1957. Pengwujudan tabung ini di Kementerian pengajian Tinggi adalah berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan. TPP mula ditawarkan bermula Julai 2005.
Golongan Sasaran
Pelajar-pelajar peringkat sijil di Politeknik dan Kolej Komuniti.
Syarat-syarat Permohonan
-
Pembiayaan pinjaman pelajaran ini adalah khusus kepada kursus peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan tempoh pengajian sekurang-kurangnya empat semester atau dua tahun.
-
Pelajar yang layak dipertimbangkan pinjaman hanyalah mereka yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.
-
Bagi pelajar-pelajar yang sedia ada, mereka hanya layak dipertimbangkan untuk pembiayaan mulai semester ketika permohonan dibuat dan tidak boleh dikebelakangkan.
Pembiayaan
-
Bilangan yang ditawarkan adalah tertakluk kepada jumlah peruntukan yang diluluskan.
-
Kadar pinjaman yang ditawarkan pula adalah sebanyak RM 6,000.00 sepanjang pengajian.
Perjanjian
-
Pelajar dikehendaki menandatangi perjanjian pinjaman dengan mengemukakan seorang penjamin.
-
Bayaran balik jumlah pinjaman (tanpa caj perkhidmatan) adalah berkuatkuasa selepas enam bulan pelajar menamatkan pengajiannya atau setelah mendapat pekerjaan yang mana terdahulu.
3.2 Bantuan Kewangan Untuk Pelajar Program Bertaraf Matrikulasi
Program bantuan kewangan untuk program bertaraf matrikulasi diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan. Program bantuan kewangan ini mula ditawarkan bermula sesi pengambilan pelajar 2005/2006.
Golongan Sasaran
Pelajar-pelajar program bertaraf matrikulasi di IPTA berikut :
-
Universiti Islam Antarabangsa
-
Asasi Undang-undang UiTM
-
Asasi Pengajian Islam UM (Nilam Puri)
-
Tahmidi KUIM · Pusat Asasi Sains UM
-
Asasi Sains Pertanian UPM
Syarat-syarat permohonan
-
Pembiayaan bantuan kewangan ini adalah untuk semua pelajar yang mengikuti program bertaraf matrikulasi tanpa mengira taraf pendapatan.
-
Pelajar yang layak dipertimbangkan bantuan kewangan hanyalah mereka yang telah mendaftar mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya.
Pembiayaan
Perjanjian
- Pelajar dikehendaki menandatangi perjanjian dengan mengemukakan seorang penjamin.
- Tiada bayaran balik dikenakan tetapi pelajar perlu mengganti balik wang bantuan yang telah diberikan sekiranya gagal pengikuti program pengajian dengan jayanya.
3.3 Skim Hadiah Latihan Persekutuan
Skim Hadiah Latihan Persekutuan Untuk Tenaga Pengajar Politeknik dan Kolej Komuniti ini diwujudkan di Kementerian Pengajian Tinggi berikutan pemindahan tanggungjawab dari Kementerian Pelajaran Malaysia setelah Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan. Skim ini ditawarkan khusus untuk pengajian kursus-kursus ikhtisas (jangka panjang) di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Latihan Dan Kerjaya, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (BLK JPPKK). Ia mula ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bermula sesi kemasukan pengajian 2006.