Aduan kepada KPDNHEP
 
  Keselamatan Kewangan Pemakanan Kerjaya Kesihatan Teknologi Keluarga  

Halaman Pengguna
   
 
Kerjaya dan Pendidikan » Pendidikan Jarak Jauh
   
 
 
SYARAT KEMASUKAN

(i) Syarat Am
Umur sekurang-kurangnya 21 tahun (peringkat Ijazah) dan 19 tahun (Sains Pemulihan).
Keputusan STP/HSC/STPM yang dikemukakan hendaklah dalam satu peperiksaan (tidak boleh digabung).

(ii) Syarat Khas
Setiap pemohon perlu mendapat surat kebenaran daripada majikannya untuk mengikuti RPJJ.

(iii) Syarat Kelayakan Minimum

a. Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Kemasyarakatan
(i) Lulus STP/HSC, STPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran pada Gred E dan Prinsipal Pengajian Am/Kertas Am atau sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran pada Gred E dan 2 mata pelajaran pada Gred R dan Prinsipal Pengajian Am/Kertas Am dan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia pada peringkat SPM/SPVM.

(ii) Mempunyai kombinasi 2 mata pelajaran daripada Ekonomi, Sejarah, Bahasa Melayu, Geografi atau Matematik atau Perakaunan atau Kimia atau Biologi atau Fizik, bagi Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dan Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu, Sejarah, Georgafi, Matematik atau Ekonomi, bagi Sarjana Muda Sastera selain daripada mata pelajaran Pengajian Am di peringakat STP/HSC/STPM.

(iii) Calon Diploma daripada Institusi pengajian tinggi yang lain di Malaysia yang diiktiraf yang bersesuaian dengan kursus yang ditawarkan, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti rancangan pengajian Sains Kemasyarakatan.

b. Ijazah Sarjana Muda Sains
(i) Lulus STP/HSC, STPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran pada Gred E dan Prinsipal Pengajian Am/Kertas Am atau sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran pada Gred E dan 2 mata pelajaran pada Gred R dan Prinsipal Pengajian Am/Kertas Am dan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia pada peringkat SPM/SPVM.

(ii) Mempunyai kombinasi 2 mata pelajaran daripada Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, atau Matematik Lanjutan selain daripada mata pelajaran Pengajian Am/Kertas Am di peringakat STP/HSC/STPM.

(iii) Calon Diploma daripada Institusi pengajian tinggi yang lain yang diiktiraf yang bersesuian dengan kursus yang ditawarkan, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti rancangan pengajian Sains.

(iv) Bagi kemasukan saluran kedua, lulus SPM/MCE dan kredit dalam Bahasa Malaysia dan Matematik serta mempunyai 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan. Calon dikehendaki menduduki ujian kelayakan yang diadakan oleh pihak Universiti.

c. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan

(i) Lulus STP/HSC, STPM atau setaraf dengan sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran pada Gred E dan Prinsipal Pengajian Am/Kerta Am atau sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran pada Gred E dan 2 mata pelajaran pada Gred R dan Prinsipal Pengajian Am/Kertas Am dan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia pada peringkat SPM/SPVM.

(ii) Calon Diploma dari universiti tempatan, ITM, Kolej TAR, Politeknik atau Kolej yang diiktiraf dalam bidang-bidang pengurusan, perakaunan, perbankan, perdagangan dan lain-lain yang bersesuaian boleh dipertimbangkan untuk mengikuti rancangan ini.

(iii) Mempunyai kombinasi 2 mata pelajaran daripada Aliran Sastera : Bahasa Melayu, Ekonomi, Matematik atau Matematik Tambahan, Perakaunan, Geografi, Sejarah; Aliran Sains: Pengajian Perniagaan, Fizik, Kimia atau Biologi selain daripada mata pelajaran Pengajian Am/Kertas Am di peringkat STP/HSC/STPM. .

d. Sains Pemulihan

(i) Calon-calon mestilah lulus SPM/SPVM atau yang setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia. (Bumiputera sahaja).

(ii) Kepujian dalam matpelajaran Matematik atau Matematik Tambahan dan satu mata pelajaran Sains yang lain atau

Lulus Matematik atau Matematik Tambahan dan kepujian dalam dua mata pelajaran Sains yang lain atau

Mempunyai kelulusan Sijil Perguruan (Sains dan Matematik) atau Sijil Politeknik yang setaraf

(iii) Calon yang mempunyai Prinsipal di peringkat STPM tetapi gagal untuk masuk ke peringkat Ijazah boleh dikecualikan daripada mengikuti kursus-kursus berkenaan (bergantung kepada keputusan ujian awalan yang diadakan). Oleh kerana tidak ada pengecualian bahagian, pelajar dikehendaki mengikuti kedua-dua Rancangan Pengajian Sains Pemulihan I dan II


   
 
Direktori `Kerjaya dan Pendidikan`
 
1. Kolej dan Universiti
2. Pinjaman Pendidikan/Biasiswa
3. Pendidikan Jarak Jauh
4. Ruangan Mencari Kerja
5. Pendidikan Vokasional
6. Badan Profesional

Web site and all contents © Copyright 2005 - 2007, All rights reserved.
Disclaimer
Compatible for Internet Explorer 6 above and Mozilla browser.
This website is belong to Smartgeneration and KPDNHEP [ Go to top ]