Aduan kepada KPDNHEP
 
  Keselamatan Kewangan Pemakanan Kerjaya Kesihatan Teknologi Keluarga  

Halaman Pengguna
   
 
Keselamatan Produk » Kenderaan Bermotor
   
 

PANDUAN MEMANDU KETIKA KECEMASAN


BREK GAGAL BERFUNGSI 


    * Seseorang pemandu menekan injap brek, tetapi injak brek terus menyentuh  lantai.
    * Pamkan injak brek dengan segera, bagi memulihkan tekanan brek.
    * Sekirannya gagal, tarikkan brek tangan beransur-ansur, tukar gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan
    * Sekiranya, brek terus gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam atau kenderaan itu membahayakanpengguna Jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel seperti semak ditepi Jalan , rel adang dan bahu Jalan, agar kenderaan dapat dikawal dan memperlahankannya.
    * Gunakan hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan penjalan kaki.


KENDERAAN TERBABAS 

    * Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pedal pemecut dengan segera dan tekan brek.
    * Pusingkan stereng mengikut arah belakang yang terbabas itu.
    * Jangan gunakan brek dalam keadaan ini



PEMECUT TERLEKAT 

    * Jika Jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat dengan hujung kasut anda.
    * Sekiranya tidak boleh, matikan suis enjin dan gunakan brek untuk cuba memberhentikan kenderaan.
    * Pegang stereng dengan kuat, supaya tidak terkunci semasa suis enjin dimatikan. Berhenti segera ditempat yang selamat dan baiki injak pemecut yang rosak kalau gagal hubungi �mekanik�.



BONET TERBUKA

-         Brek beransur-ansur

-         Naik ke atas bahu Jalan.

-         Lihat melalui tingkap untuk panduan dan berhenti memandu.

-         Sentiasa pastikan bahawa bonet itu ditutup rapat selepas kenderaan digerakkan. 


   
TAYAR PECAH

    * Pegang stereng dengan erat.
    * Jika tayar belakang yang pecah, kenderaan akan tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan.
    * Brek perlahan-lahan dan berhati-hati.
    * Brek dengan tiba-tiba menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar dikawal.
    * Naik ke atas bahu Jalan perlahan-lahan di kawasan rata dan selamat untuk menukar tayar.
    * Jangan tukar tayar di kawasan bahaya.
    * Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan alat-alat kecemasan yang lain agar pemandu kenderaan lain akan mengetahui ada kecemasan di hadapan.



LAMPU HADAPAN KENDERAAN TERPADAM

    * Kejadian ini akan menghadkan pandangan anda.
    * Pegang kan stereng untuk meluruskan arah pergerakkan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas.
    * Naik ke atas bahu Jalan jauh dari aliran lalu lintas.
    * Hentikan kenderaan dengan segera.
    * Nyalakan lampu kecemasan. Digalakkan menggunakan alat-alat kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna Jalan raya yang lain agar lebih berhati-hati.





KENDERAAN TERBAKAR


-         Kejadian berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik.

-         Hentikan kenderaan dengan segera.

-         Matikan sistem pencucuh dan arahkan penumpang keluar.

-         Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh.

-         Gunakan alat pemadam.

-         Sekiranya api tidak dapat dikawal, tinggalkan kenderaan tersebut dengan segera sebelum sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku  dan minta bantuan pihak bomba


   

TERPAKSA BERHENTI DI ATAS LEBUHRAYA

    * Berikan isyarat dan susur keluar di bahu lebuh raya dengan perlahan.
    * Lampu hadapan dinyalakan rendah diwaktu senja, malam dan waktu hujan.
    * Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan  dan lampu isyarat kecemasan.
    * Jika kenderaan berhenti di selekoh, dipuncak bukit atau kawasan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalulintas.
    * Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dlam jarak 5 meter di belakang kenderaan.
    *  Angkat bonet dan dapatkan bantuan.



CERMIN HADAPAN PECAH

    * Perlahankan kenderaan, jenguk melalui tingkap dan berhenti ditempat yang selamat.
    * Rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.
    * Lindungi mata dengan memakai kaca mata.
    * Gantikan cermin hadapan yang pecah dengan segera.



MENGHADAPI SESUATU KEMALANGAN

    * Had laju yang rendah boleh mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu Jalan disebelah kiri dan pandu keluar dari jalan raya. Bunyikan hon dan nyalakan lampu hadapan.       
    * Jangan cuba membelok kesebelah kanan kerana pemandu kenderaan mungkin terkejut  dan melanggar anda.



Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelakkan kemalangan!


   
 
Direktori `Keselamatan Produk`
 
1. Barangan Keperluan Harian
2. Kelengkapan Elektrik
3. Peralatan Telekomunikasi
4. Alat Mainan
5. Produk Kesihatan
6. Barangan Kecantikan
7. Racun Serangga/Makhluk Perosak
8. Kenderaan Bermotor
9. Product Recalls
10. Kawalan Ulat-ulat dalam makanan
11. Bomba

Web site and all contents © Copyright 2005 - 2007, All rights reserved.
Disclaimer
Compatible for Internet Explorer 6 above and Mozilla browser.
This website is belong to Smartgeneration and KPDNHEP [ Go to top ]