Aduan kepada KPDNHEP
 
  Keselamatan Kewangan Pemakanan Kerjaya Kesihatan Teknologi Keluarga  

News Archive
MAKLUMAN PENAFIAN
  Friday, 30 Oct 2009
  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ingin memaklumkan kepada semua bahawa pada 4 Oktober 2009 (Ahad), satu iklan telah disiarkan dalam akhbar Berita Minggu iaitu berkaitan Perbadanan Pembangunan Peruncitan Berhad atau juga dikenali sebagai RDC. Melalui iklan tersebut telah dinyatakan bahawa KPDNKK adalah bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Peruncitan Berhad (RDC) manakala agensi dibawah kementerian juga iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) serta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah dinyatakan memberi sokongan kepada aktiviti Perbadanan Pembangunan Peruncitan Berhad.

Sehubungan dengan itu KPDNKK ingin memaklumkan kepada semua bahawa kementerian serta agensi dibawahnya seperti yang disebut tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti berkaitan Perbadanan Pembangunan Peruncitan Berhad (RDC) dan tidak pernah terlibat dalam bekerjasama serta memberi sokongan dalam mana-mana aktiviti perbadanan tersebut.

Kepada sesiapa yang mempunyai permasalahan dan sebarang aduan berkaitan perkara tersebut bolehlah menghubungi kementerian di talian 1-800-886-800 atau melayari laman web kementerian di www.kpdnkk.gov.my dan membuat aduan melalui e-aduan kementerian.

Dikeluarkan oleh;
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan
PUTRAJAYA.


 

Web site and all contents © Copyright 2005 - 2007, All rights reserved.
Disclaimer
Compatible for Internet Explorer 6 above and Mozilla browser.
This website is belong to Smartgeneration and KPDNHEP [ Go to top ]