Aduan kepada KPDNHEP
 
  Keselamatan Kewangan Pemakanan Kerjaya Kesihatan Teknologi Keluarga  

Untitled Document
Go To Personal Blog List

Pasukan Udara Tentera Darat(PUTD)
Sent On : 03 Jan 2007 04:10 pm  | User Rating : 0 | Comment This Blog
:: PASUKAN UDARA TENTERA DARAT ::

Pasukan Udara Tentera Darat telah ditubuhkan pada 1 Julai 1994 apabila tertubuhnya Tim Projek Pasukan Udara Tentera Darat (Tim Projek PUTD). Tim Projek ini bertanggungjawab terhadap semua rancangan dan perlaksanaan penubuhan PUTD dan juga berfungsi sebagai "cawangan udara" di Markas TD. Penubuhan PUTD telah dilancarkan dengan rasminya pada 11 Mac 1995 bertempat di Pangkalan TUDM, Kem Mahkota, Kluang, Johor. Sempena pelancaran tersebut, skuadron pertama PUTD iaitu No 881 Skn telah ditubuhkan. Asas penubuhan ialah penyerahan 10 buah helikopter SA 316B Alouette MK III oleh TUDM kepada TDM dan juga penyerahan sebahagian pangkalan TUDM Kluang. Pada Januari 1996, TUDM telah menyerahkan sepenuhnya pangkalan ini kepada TDM. Penubuhan PUTD adalah bagi meningkatkan lagi keupayaan TDM di dalam melaksanakan operasi-operasi menggunakan kekuatan daya tembakan dan mobiliti (Platform Udara). Kemahiran dalam bidang Juruterbang Helikopter, Kejuruteraan, Kawalan Trafik Udara, Pengurusan Logistik adalah di antara aspek yang terdapat dalam pasukan ini. PUTD telah diisytiharkan bertaraf operasi pada 29 Mac 1997 oleh Menteri Pertahanan YB Dato’ Syed Hamid Albar bin Jaafar Albar.

:: PERANAN & TUGAS ::

:: Tugas Utama ::

Untuk memberi bantuan taktik udara kepada Tentera Darat dan boleh diaturgerakkan sebagai sebuah `Combined Arms Team’ di dalam berbagai operasi.

Memberi bantuan membinasa kereta kebal dan tembakan langsung kepada trup-trup.

· Sebagai sebahagian daripada rancangan membinasa kereta kebal.

· Memberi bantuan tembakan langsung di dalam semua fasa peperangan.

· Menyerang sasaran peluang (opportunity) di dalam semua fasa peperangan.

· Memberi bantuan untuk menawan `key terrain’.


Gerakan Keselamatan (Security Operation).

- Memberi bantuan tembakan dari rusuk atau belakang semasa serangan.

- Sebagai sebahagaian daripada pegawal rusuk atau pengawal belakang.

- Sebagai sebahagian daripada pasukan pelindung atau pengawal hadapan semasa fasa mara.


Bantuan Pengangkutan Taktik Udara Terhad

- Penggempuran dari udara.

- Serbuan.

- Pergerakan taktik terup dan kelengkapan di dalam kawasan taktik dan gerakan.

- Gerakan mencari dan menyelamat yang terhad.

- Penerbangan perubatan dan kecederaan.

- Tinjauan jarak dekat dan jauh.

- Mengangkut trup, peralatan dan senjata secara taktik ke kawasan hadapan semasa atur gerak.

- Melaksanakan gerakan mencari dan menyelamat di antara `teater’ dan medan tempur.


:: Tugas Semasa Aman ::

Buat masa ini tugas-tugas PUTD adalah terhad. Berasaskan keupayaan dan teknologi semasa, PUTD hanya boleh melaksanakan tugas-tugas seperti berikut:

- Tinjauan Udara.

- Pos Pemerhati Udara.

- Pengangkutan Udara yang Terhad.

- Penerbangan Ikhsan.


:: INSIGNIA ::

Tafsiran lambang PUTD adalah seperti berikut:

Mahkota SPB Yang di-Pertuan Agong. Merupakan lambang TD yang letaknya di kemuncak lencana, melambangkan taat setia dan jujur kepada SPB Yang di-Pertuan Agong dan sedia berkorban untuk raja dan negara. Perkataan ‘Allah’ dan Muhammad’ menunjukkan patuh kepada Tuhan Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Penyayang dan Maha Pengasih dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai Penghulu dan Rasul yang terakhir. Bulan bintang melambangkan kebesaran agama Islam sebagai agama rasmi negara. Anggota-anggota PUTD sentiasa mengharapkan limpah kurnia dan perlindungan ‘Allah’ S.W.T semasa menjalankan tugas.

Kalungan Bunga Padi. Padi adalah tanaman asli yang didapati di bumi Malaysia. Daripada padi datangnya beras makanan asli semua penduduk Malaysia. Resmi padi, apabila berisi makin tunduk, melambangkan sikap perajurit yang serba handal, gagah, bersemangat dan hanya menunjukkan kepintaran dan kegagahan pada masa yang diperlukan.

Keris. Merupakan warisan budaya yang melambangkan kegagahan dan keberanian

Parang. Merupakan warisan budaya yang melambangkan kegagahan dan keberanian.

Keris Dan Parang Bersilang. Kualiti perajurit yang gagah dan berani serta keeratan dan kerjasama.

Burung Helang Merah. Merupakan sejenis burung yang gagah dan akan menjunam untuk menyambar mangsa-mangsanya. Ia melambangkan kegagahan dan keberanian.

Gagah Di Angkasa. Cogan kata yang melambangkan anggota-anggota PUTD yang sentiasa gagah di angkasa semasa menjalankan tugas.

Latar Belakang Merah. Warna merah adalah warna rasmi TD serta melambangkan keberanian anggota-anggota PUTD.

Latar Belakang Biru. Warna biru melambangkan awan biru yang menunjukkan tugas utama PUTD sentiasa di udara.
Sent On : 03 Jan 2007 04:10 pm  | User Rating : 0 | Comment This Blog  [ Please Login to Comment or Vote]
Blogger Comment
From
Comment
Faiz991   profile
Faiz991
-
 
Faiz991   bloGGer
  This user has 21 blogs.
[Browse More Blog From This User]
 
sembunyi 
   send on 06 Sep 2007 01:58 pm
   comment's (0)
jay jay 
   send on 06 Sep 2007 01:56 pm
   comment's (0)
MCR 
   send on 02 May 2007 11:13 am
   comment's (0)
Profil Tentera Darat Malaysia.... 
   send on 03 Jan 2007 04:11 pm
   comment's (3)
Pasukan Udara Tentera Darat(PUTD) 
   send on 03 Jan 2007 04:10 pm
   comment's (0)
Rejimen Askar Wataniah(RAW) 
   send on 03 Jan 2007 04:09 pm
   comment's (0)
Rejimen Gerak Khas(RGK) 
   send on 03 Jan 2007 04:08 pm
   comment's (0)
Kor Agama Angkatan Tentera(KAGAT) 
   send on 03 Jan 2007 03:57 pm
   comment's (0)
Kor Jurutera Letrik Dan Jentera Diraja(KJLJD) 
   send on 03 Jan 2007 03:56 pm
   comment's (0)
Kor Ordnans Diraja(KOD) 
   send on 03 Jan 2007 03:53 pm
   comment's (0)
 
Top 5 bloGGer
ayat jiwang - jery
SINGAPORE(kap,alif)YU - antilobi
budak² zaman sekarang - syazani
BUDAYA BURUK ZAMAN SEKARANG!!!!!!! - mieyazara
[UPDATE] My Smartg Best Friend is Avaliable NOW!!! - admin
 
Latest Comment
jadilah pengguna berhemah... - asfmedia
hahahah!... - nia87
adoi2.........npe smartG cm x wjd jer???... - husaini94
comment2, Buy Viagra, ysqff, Order Viagra, tauawk, -
comment2, Viagra, %(((, Order Viagra, 515121,  


Web site and all contents © Copyright 2005 - 2007, All rights reserved.
Disclaimer
Compatible for Internet Explorer 6 above and Mozilla browser.
This website is belong to Smartgeneration and KPDNHEP [ Go to top ]